Tiga Ismail dari Pahang cipta sejarah dilantik anggotai barisan Kabinet

0
344
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Buat pertama kalinya dalam sejarah terdapat tiga ahli Parlimen yang mempunyai nama ‘Ismail’ di awal nama dan berasal dari negeri yang sama dilantik menganggotai barisan Kabinet.


Tiga individu tersebut ialah Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Said yang kesemuanya merupakan pemimpin UMNO dari Pahang.


Dalam pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilantik sebagai Menteri Pertahanan iaitu salah satu daripada empat jawatan menteri kanan yang diwujudkan bagi menggantikan jawatan timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Ismail Said


Dua lagi ‘Ismail’ masing-masing dilantik sebagai timbalan menteri yang mana Ahli Parlimen Maran dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Ahli Parlimen Kuala Krau diberi kepercayaan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.


Sementara itu, selain tiga ahli Parlimen tersebut terdapat tiga lagi ahli Parlimen dari Pahang yang dilantik sebagai anggota Kabinet iaitu Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah (Menteri Komunikasi dan Multimedia); Ahli Parlimen Paya Besar, Shahar Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II) dan dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Luar Bandar).-MT

Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here