TNB nafi Covid-19 di Ibu pejabat Bangsar

0
98

CYBERJAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan sebuah mesej yang tular mengenai berlaku wabak Covid-19 di pejabatnya di Bangsar.

Dalam hantaran menerusi akaun Facebook TNB Careline, mesej itu tular menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial.

“TNB telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko penularan virus Covid-19 dengan melakukan saringan kesihatan kepada semua warga kerja dan pelawat disamping melaksanakan proses nyah kuman melibatkan Ibu pejabat TNB di Jalan Bangsar, Wisma TNB di Jalan Timur, Petaling Jaya, dan semua cawangannya.

“Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan maklumat-maklumat yang diterima dalam media sosial,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, semua pelanggan dan warga kerja TNB dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan memakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here