Tolong beri diskaun atau kecualikan sewa- Najib

0
111

CYBERJAYA- Tuan tanah, tuan rumah; tuan kedai; tuan pusat beli belah dan lain-lain pihak yang mengutip sewa diminta berikan diskaun atau kecualikan sewa ketika krisis Coid-19.

Permintaan itu dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran dalam laman sosial Facebooknya hari ini selepas melihat perkara itu perlu diutarakan.

“Saya faham bahawa tiada undang-undang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang tuan-tuan dari menuntut sewa bulanan dari penyewa masing-masing.

“Namun, bank-bank sudahpun membenarkan bayaran ansuran ditangguh selama enam bulan. Sebab itu, saya harap tuan-tuan yang baik hati boleh bertimbang untuk memberi diskaun sewa sehingga 90 peratus(kerana saya faham bank masih mengenakan faedah dalam tempoh tangguhan ini) ataupun mengecualikan sewa kepada penyewa pada tempoh krisis Covid-19 ini.

“Tiada kebaikan kepada tuan-tuan juga jika pelanggan tuan-tuan terlingkup pada masa yang amat susah ini,” katanya yang mendapat sokongan warga maya di ruangan komen hantaran berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here