Top Glove jangka bekalan sarung tangan getah akan menurun

0
329
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Syarikat pembuat sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd. menjangkakan akan wujud kekurangan bekalan berikutan permintaan daripada Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi kapasiti.

Reuters melaporkan, menurut Pengerusi Eksekutif Top Glove, Lim Wee Chai, syarikat tersebut telah turut memanjangkan masa penghantaran bagi menampung lonjakan permintaan tersebut.

“Pesanan yang kita terima sejak beberapa minggu lalu kebanyakannya dari AS dan Eropah.

“(Jumlah) Permintaan yang diterima kini hampir melebihi dua kali ganda kapasiti pengeluaran kami,” kata Lim.

Kapasiti pengeluaran Top Glove mampu menghasilkan kira-kira 200 juta sarung tangan getah semulajadi dan sintetik sehari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here