Topeng muka dikitar semula, warga maya syor koyak sebelum buang

0
175

CYBERJAYA – Penularan gambar pihak tidak bertanggungjawab menjemur topeng muka dipercayai untuk dijual semula mencetuskan rasa marah warga maya dalam media sosial.

Dalam perkongsian beberapa gambar menerusi laman Facebook Brainless Driver Malaysia Edition dan Twitter, ramai mempersoalkan kewujudan ratusan topeng dipercayai dibasuh dan dijemur di kawasan lapang.

Berang dengan sikap itu, ada yang tampil menasihatkan orang ramai supaya mengoyak topeng muka terlebih dahulu sebelum membuang alat pencegahan penyakit itu.

“Kalau nak buang mask ada eloknya koyakkan terus masuk tong sampah. Kalau tak buat macam itu kau tengoklah orang kutip lepas itu jemur balik dan jual,” kata dylawok melalui akaun Twitter miliknya.

Langkah itu bertujuan untuk mengelak daripada segelintir pihak mengitar semula topeng muka berkenaan dan menjual semula.

Bagaimanapun, komen balas daripada warga maya lebih mengejutkan kerana ada mendakwa kegiatan itu sudah lama berlaku dan pernah dilaporkan dibongkar pihak berkuasa Thailand.
“Benda ni sama kalau pergi kedai makan dan ada minum gunakan ‘straw ‘, lepas habis makan , tolong gigit ‘straw’ itu sampai rasa orang lain tak nak kongsi dengan kita dah.

“Sebab kalau biarkan sempurna, ada kemungkinan akan ada yang kutip and guna semula,” kata Aisy melalui Twitter miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here