Topeng muka percuma-Ismail Sabri

0
147

CYBERJAYA- Kerajaan akan memberi secara percuma penutup hidung dan mulut kepada 8.3 juta isi rumah di negara ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, pengagihan itu akan dibuat secara berperingkat-peringkat, dengan berpandukan nasihat daripada Kementerian Kesihatan mengenai siapa yang sewajarnya mendapat topeng muka itu.

Topeng muka berkenaan juga bukan diperoleh secara percuma seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya dibeli oleh kerajaan dari negara luar.

Dalam sidang akhbar khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ismail Sabri berkata, polis memberi jaminan tiada sekatan untuk kenderaan menghantar makanan, sebaliknya mereka akan diberi laluan mudah.

Beliau juga menjelaskan sebanyak 110 tangkapan dilakukan polis semalam susulan perubahan cara polis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini sejajar dengan pendekatan polis kali ini berubah daripada nasihat dan berhemah kepada tindakan lebih tegas.

“Ini (tindakan) kemahuan rakyat. Saya terima banyak mesej rakyat mahu tindakan lebih tegas. Mereka tidak mahu yang lima peratus yang degil ini memberi kesan kepada 95 peratus rakyat yang akur (PKP),” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here