Tren KTMB antara bandar, negeri ditunda Rabu ini 

0
118

CYBERJAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menunda pemberhentian tren antara bandar dan negeri yang dijadualkan bermula esok kepada Rabu ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan penangguhan itu diputuskan demi keselesaan para penumpang yang telah pun membuat tempahan tiket perjalanan esok.

“Penangguhan itu membolehkan penumpang merancang perjalanan masing-masing dengan lebih baik,” kata kenyataan itu.

KTMB pada petang tadi memaklumkan pemberhentian beberapa tren antara negeri dan bandar yang akan dikuatkuasa mulai esok.

Penangguhan operasi ke Rabu ini membolehkan perkhidmatan tren ETS dan Antarabandar ke pelbagai destinasi dilakukan masing-masing sebanyak lapan dan 10 larian sehari.

Bagi KTM Komuter pula, sejumlah 164 perkhidmatan masih beroperasi esok, merangkumi kawasan Lembah Klang dan sektor utara. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here