TUDM laksana penghantaran bahan perubatan KKM ke Sabah dan Sarawak

0
149
Anggota TUDM memuatkan bahan perubatan KKM untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak, hari ini. – GAMBAR IHSAN TUDM

CYBERJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan membawa bekalan darah dan spesimen klinikal tambahan bagi kegunaan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah dan Sarawak.

Penerbangan tersebut dilaksanakan dengan menggunakan sebuah pesawat C140H dari No. 20 Squadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.

Pesawat dikendalikan oleh Mejar TUDM Muhammad Izwan Shah Azman dan dibantu oleh Kapten TUDM Shahril Amin Dzulkefli dan lima anak kapal.

Bekalan yang dibawa termasuk 375 pek darah dan spesimen klinikal seberat kira-kira 1.8 tan adalah bagi kegunaan hospital-hospital di dua buah negeri tersebut dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang memerlukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here