Tugas mencabar atasi penyakit Covid-19

0
150

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Menteri Kesihatan yang baharu, Dr. Adham Baba berhasrat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan tenang dalam berdepan tugas mencabar menangani wabak Covid-19.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Tenggara (BN) itu mahu meneruskan pendekatan tenang seperti bekas penyandang jawatan itu, Dr. Dzulkefly Ahmad.

“Saya kena tenang, sebagai doktor kita kena tenang merawat pesakit.

“Saya akan buat yang terbaik untuk kurangkan isu wabak Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Dr. Adham berkata, beliau akan meneliti isu wabak terbabit bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan bekerjasama dengannya.

“Saya akan teliti isu ini bersama DG (Noor Hisham) dan pastikan jiwa dan nyawa rakyat diselamatkan,” katanya secara ringkas.

Dr. Adham mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Malaya pada tahun 1987.

Beliau kemudian berkhidmat sebagai doktor di beberapa hospital di Muar, Kluang dan Johor Bahru sekitar tahun 1987-1990.

Sehingga kini, Dr Adham mempunyai klinik di beberapa rangkaian sekitar Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here