Tujuh wilayah bakal alami gangguan bekalan air

0
245

CYBERJAYA – Tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas empat loji rawatan air berpunca daripada pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas
pada pukul 7 malam tadi.

“Berikutan henti tugas loji-loji rawatan ini, gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

“Air Selangor akan menyalurkan maklumat kawasan-kawasan gangguan bekalan kepada para pengguna dari semasa ke semasa. Dalam tempoh ini para pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu katanya, pihak Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan lanjut.

Para pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau AppstStore untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air atau hubungi kami di talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here