Tun M dakwa Agong enggan bertemunya

0
159

KUALA LUMPUR- Tun Dr. Mahathir Mohamad, mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah membuat keputusan untuk tidak bertemunya lagi.

Katanya, tindakan itu menyebabkan beliau dan Pakatan Harapan (PH) tidak berpeluang menyerahkan bukti sokongan 114 Ahli Parlimen yang diberikan kepada mereka untuk membentuk kerajaan.

“Yang di-Pertuan Agong sudah buat keputusan dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada jam 10.30 pagi ini walaupun kita (PH) yang mempunyai majoriti.

“Saya kini tidak lagi boleh berhubung dengan pihak istana. Saya juga tidak akan ke istana hari ini. Susulan perlantikan itu, saya hari ini menamatkan tugas sebagai Perdana Menteri Interim,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Al-bukhary di sini hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here