Tun M ucap tahniah kepada calon SPM 2019

0
138

CYBERJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 berikutan memperoleh kelulusan yang baik dalam peperiksaan itu.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengucapkan tahniah kepada semua guru, ibu bapa dan warga Kementerian Pendidikan.

“ Saya mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mendapat kelulusan yang baik. 

“Tahniah juga diucapkan kepada semua guru-guru, ibu bapa serta warga @KemPendidikan yang telah berusaha keras ke arah kecemerlangan pelajar,” katanya dalam ciapan akaun Twitter milik beliau.

Hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Dr. Habibah Abdul Rahim berkata, pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2019 dicatatkan lebih baik berbanding tahun sebelumnya, dengan Gred Purata Nasional (GPN) bagi tahun 2019 adalah 4.86 berbanding 4.89 pada 2018.

Katanya, 8,876 calon atau 2.28 peratus calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua matapelajaran berbanding 8,436 calon atau 2.15 peratus pada 2018.

Pada tahun 2019, peratus calon yang layak menerima sijil SPM meningkat sebanyak 0.33 peratus iaitu 86.72 peratus (337,773 calon) berbanding 86.39 peratus (338,350 calon) pada 2018, katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here