Umat Islam diminta ikuti 3 langkah sepanjang PKP

0
124
Mohd. Fadzil Hashim diiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan semasa pembukaan Malakat Mall baru-baru ini.

RAUDHAH CITY – Umat Islam diminta mengambil tiga langkah penting sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Pengasas Malakat Mall dan Zero Hunger, Mohd. Fadzil Hashim berkata, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menyemak keperluan jiran supaya tiada siapa tercicir dalam mendapatkan bekalan makanan atau memberi sumbangan derma.

Tambah beliau, keduanya adalah dengan berbelanja di organisasi yang aktif memberi semula iaitu sedekah kepada golongan memerlukan seperti dilakukan oleh Raudhah Grocer.

Beliau berkata, langkah ketiga iaitu membina kekuatan ekosistem ekonomi Islam dengan membeli syer melalui Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

“Sumbangkan dana pelaburan kepada koperasi Koppim yang menjadikan anda pemilik Raudhah Grocer dan Malakat Mall.

“Dalam tempoh enam bulan ini kami mahu tubuh rangkaian pembekalan Raudhah Grocer. Kini kita sudah ada lebih 30 kedai runcit untuk ditukar menjadi Raudhah Grocer yang akan memberi keutamaan kepada pembekalan stok makanan,’’ katanya dalam program Assalamualaikum TV Alhijrah yang dihoskan oleh Amie Sofia hari ini.

Mengulas projek Zero Hunger iaitu program pengagihan bantuan keperluan asas yang digerakkan oleh Malakat Mall, beliau berkata, pihaknya telah mengagihkan kepada lebih 500 keluarga di kawasan Cyberjaya, Bangi, Kajang dan Dengkil.

“Fokus utama kita adalah golongan B40 ini yang tidak mempunyai pendapatan tetap, bekerja di pasar tani, menerima upah harian serta ibu tunggal yang bekerja di restoran dan lain-lain.

“Mereka adalah golongan yang paling terkesan dalam tempoh PKP serta sudah tentu memerlukan keprihatinan dan tanggungjawab masyarakat,’’ katanya.

Program Zero Hunger yang dimulakan oleh Malakat Mall dalam usaha membantu golongan terjejas pendapatan sepanjang PTP.

Sehingga kini katanya, pasukan Zero Hunger telah menerima 8,000 permohonan daripada golongan yang memerlukan.

“Kami memberi keutamaan kepada mereka yang mempunyai stok makanan untuk tiga hari atau ke bawah. Kit Zero Hunger sudah dimulakan melalui bantuan Yayasan Brainy Bunch ini berupa beras, minyak, telur, gula dan sardin.

“Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai, pemilik perniagaan dan sektor swasta supaya menyumbang kepada tabung ini melalui www.sadaqahmarket.com,’’ katanya. – MT

Coach Fadzil bercakap kepada Alhijrah dalam program Assalamualaikum yang disiarkan pagi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here