Umat Islam diseru dirikan solat hajat esok

0
121

CYBERJAYA – Umat Islam di negara ini diseru mendirikan solat hajat esok sebagai menyahut titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamed Al Bakri berkata,  solat itu dilakukan selepas solat zohor di tempat masing-masing.

Tambah Zulkifli, Yang di-Pertuan Agong hari ini telah menitahkan keapda beliau agar memberikan cadangan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

“Berdasarkan taakulan saya dengan ilham daripadaNya , tarikh dan waktu sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada Jumaat (esok) iaitu selepas solat zohor di rumah dan tempat masing-masing

“Solat zohor di rumah dan tempat masing-masing dan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here