UMP aktifkan pembelajaran dalam talian

0
209

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengubah kaedah operasi di kedua-dua kampusnya di Pekan dan Gambang berkuat kuasa semalam hingga 12 April ini berikutan pandemik terkini wabak Covid-19 di negara ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Naib Canselor UMP, Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff berkata, sepanjang tempoh itu, mod pengajaran dan pembelajaran (PnP) diaktifkan menggunakan e-Learning secara dalam talian.

“Semua aktiviti bersemuka seperti kuliah, makmal dan penyelidikan dihentikan serta merta dan diselaraskan semula ke satu tarikh dimaklumkan kelak,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bertindak Bencana UMP hari ini.

Wan Azhar berkata, arahan itu dikeluarkan sebagai langkah proaktif memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan secara teratur serta sistematik.

Katanya, dengan keputusan itu, semua staf akademik akan melaksanakan kaedah e-Learning melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran UMP (KALAM) pada masa kuliah sebenar dengan menggunakan mana-mana aplikasi talian yang bersesuaian.

Beliau berkata, staf akademik UMP disaran mendapatkan khidmat nasihat bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara e-Pembelajaran daripada pihak Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran (CIReL) UMP dalam memastikan perkara itu dilaksanakan mengikut keperluan ditetapkan.

“UMP menangguhkan semua program atau aktiviti membabitkan perhimpunan dalam dan luar kampus un selepas mengambil kira nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selain itu, staf pentadbiran dan akademik dikehendaki melaksanakan kerja dari rumah (work from home) kecuali staf yang menjalankan tugas-tugas berkaitan kepentingan universiti seperti keselamatan, kesihatan atau diarahkan bertugas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here