Umum barisan Kabinet baharu dijangka 5 petang ini

0
122

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 11.00 pagi ini bagi mempersembahkan senarai barisan jemaah menteri baharu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini berkata, Muhyiddin juga dijangka bakal mengumumkan senarai tersebut hari ini.

“Setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan sebarai jemaah menteri hari ini pada 5.00 petang bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya,” katanya dalam kenyataan itu.

Semalam, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memberi bayangan bahawa barisan menteri Kabinet yang akan dilantik Muyiddin merupakan mereka yang melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Mohd. Asri, bayangan itu dimaklumkan Muhyiddin kepada kepadanya dalam pertemuan antara mereka yang berlangsung pada Sabtu lalu. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here