UPM sentiasa bersedia tangani Covid-19

0
125
Zulkifli Mohamad Al Bakri meluangkan masa mendapatkan maklum balas semasa daripada jawatankuasa pengurusan universiti secara sidang video.⁣

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri hari ini berkesempatan melawat Bilik Gerakan Covid-19 di Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat sini.

Menerusi perkongsian dalam akaun Instagram miliknya, UPM sememangnya amat bersedia menangani isu ini dalam kalangan warga UPM. ⁣

“Saya sempat meluangkan masa mendapatkan maklum balas semasa daripada jawatankuasa pengurusan universiti secara sidang video.⁣

“Tahniah diucapkan kepada Naib Cancelor UPM, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris dan seluruh Jawatankuasa Pengurusan Universiti atas kesiapsiagaan ini ,” kongsinya.

Semalam, Kementerian Kesihatan menjangkakan akan ada pertambahan secara mendadak kes positif Covid-19 menjelang pertengahan April ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya telah membuat pelbagai perancangan bagi mengelakkan perkara itu terjadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here