USM jangka Covid-19 ambil masa 4 hingga 6 bulan untuk dikawal

0
280

CYBERJAYA – Universiti Sains Malaysia (USM) menjangkakan wabak Covid-19 akan mengambil masa antara empat hingga enam bulan untuk dikawal di negara ini.

Sehuhungan dengan itu, universiti tersebut membentangkan cadangannya untuk meneruskan pengajaran secara dalam talian sehingga awal September, dan hanya membenarkan pergerakan minima di kampusnya.

Jangkaan dan cadangan tersebut dimuat naik di laman Facebook milik mereka, hari ini.

Strategi tersebut yang dinamakan sebagai ‘USM Mengatasi Covid-19’ dirangka berdasarkan pandangan dan cadangan yang diutarakan oleh para pengikut laman tersebut pada satu paparan yang dibuat sebelum ini.

Oleh itu, pihak USM akan meneruskan pelaksanaan akses terhad/dasar penilaian dan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian bagi tempoh 24 minggu sehingga 6 September 2020.

“Kita berpendapat bahawa Covid-19 akan mengambil masa di antara 4 hingga 6 bulan untuk dikawal.

“Pakar-pakar juga menjangkakan, sekiranya para pelajar kembali ke USM, kita mungkin tidak mampu mengawalselia secara efektif dan menjamin keselamatan kesemua 14,000+ orang pelajar di Desasiswa masing-masing, atas beberapa sebab, termasuk dari aspek penggunaan tandas dan ruang makan awam,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here