Ustaz Kazim sihat, nafi terlantar sakit

0
181
Tangkap layar daripada laman Facebook DUKE yang beliau sedang mengajar di pusat pengajian al-Barakah, pagi ini

CYBERJAYA – Satu berita yang sedang tular dalam media sosial mengenai keadaan tahap kesihatan pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias (DUKE) adalah tidak benar.

Menurut pengendali laman Facebook rasmi beliau, ia merupakan berita lama yang dimuat naik semula oleh pihak yang belum dapat dikenal pasti.

“Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa kesihatan DUKE berada dalam keadaan baik.

“Sama-sama kita mendoakan agar kesihatan DUKE dan kita semua terus kekal dalam keadaan baik,” katanya.

Sejak semalam, tular berita dan gambar pendakwah bebas itu yang kononnya sedang menerima rawatan di hospital kerana mengalami masalah jantung.

Berita palsu yang sedang ditularkan mengenai tahap kesihatan DUKE

Sementara itu, dalam satu status berlainan pada pagi ini, pengendali laman Facebook tersebut memuat naik video pendek DUKE yang sedang mengajar anak muridnya.

“Admin belanja. Alhamdulillah, DUKE sedang mengajar dalam kelas Pengajian Dewasa Al-Barakah,” tulisnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here