Waktu operasi pasar raya, restoran, stesyen minyak dihadkan

0
104

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi waktu operasi kedai menjual barang keperluan makanan, restoran dan waktu operasi stesen minyak  ditetapkan bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam berkuatkuasa 1 April.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan mesyuarat pagi ini membuat ketetapan mengikut standard masa termasuk bagi penghantaran ke rumah.

“Walau bagaimanapun kerajaan menggalakkan orang ramai membuat pembelian dalam talian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bersemuka dengan pihak yang menghantar barangan atau makanan bagi mengelakan penyebaran penyakit,” katanya dalam Sidang Akhbar Harian Covid-19 hari ini.

Bagaimanapun Ismail Sabri menegaskan, sekatan fasa kedua masih lagi membenarkan pergerakan, kedai-kedai masih lagi dibuka seperti biasa namun kawalan masa ditetapkan.

Jelasnya, fasa kedua berbeza untuk PKP Diperketatkan di Simpang Tenggang dan Hulu Langat di mana penduduk di sana tidak boleh keluar rumah langsung.

“Jauh sekali dengan perintah berkurung  seperti yang ditular oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti di rumah ibadat dijalankan sepanjang tempoh PKP ini.

Jelasnya, ia merangkumi semua agama dan bukan hanya untuk agama Islam semata-mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here