Wanita jahit 200 penutup mulut, edar secara percuma

0
1384

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Disaat terdapat pihak tertentu cuba mengambil kesempatan menjual topeng muka dengan harga tidak masuk akal sepanjang ketiadaan stok bahan itu, seorang suri rumah dengan inisiatif sendiri menjahit 200 penutup mulut untuk diagihkan secara percuma.

Menurut laporan portal MyMetro, Haida Abdullah, 33, dari Kampung Tanah Puteh, Gua Musang mengambil inisiatif itu dan mula menjahit sejak Sabtu lalu berikutan kesukaran orang ramai mendapat topeng muka.

“Setakat ini sudah 100 penutup mulut dan hidung siap dijahit dan tunggu 100 lagi dalam persiapan sebelum diagihkan secara percuma.

“Saya bersimpati dengan keperluan mereka ingin menjaga kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19,”katanya dalam laporan itu.

Menurut Haida, dia berbuat demikian bagi membalas jasa orang ramai yang pernah membantunya di mana sebelum ini dia lima beranak hidup miskin dan tinggal di pondok usang di Kampung Bukit Gajah Jalan Industri, Gua Musang.

“Kemiskinan keluarga saya tular dalam media sosial hingga mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menyediakan rumah.

“Selain Maik, agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) memberi bantuan mesin jahit untuk saya cari rezeki,”katanya.- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here