Warga maya cadang pengeluaran KWSP melalui dalam talian

0
135

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA -Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai inisiatif pengeluaran akaun 2 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mendapat reaksi positif dalam kalangan pencarum.

Inisiatif itu bagi mengurangkan beban pencarum dalam menjalani kehidupan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung wabak Covid-19.

Melalui inisiatif ini pencarum boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Sejurus selepas pengumuman itu, laman web KWSP tidak boleh diakses dipercayai menerima jumlah trafik tinggi yang ingin mengetahui cara pengeluaran menerusi akaun itu.

Sehubungan itu, beberapa warga maya mencadangkan supaya pengeluaran caruman tersebut hanya dibuat melalui dalam talian tanpa perlu mengunjungi kaunter pejabat agensi itu.

Seorang warga maya dikenali Amru Liz mencadangkan pengeluaran caruman secara dalam talian adalah cara terbaik.

“Harap dapat buat secara dalam talian untuk mengelak kesesakan,” katanya.

Bagi seorang lagi warga maya dikenali Edy Us, kaedah dalam talian lebih mudah bagi mengelak pencarum beratur panjang di kaunter.

“Mohon KWSP buat permohonan secara dalam talian. Kalau nak beratur kat cawangan KWSP maka tiada guna rakyat kuarantin diri sebab bahaya dijangkiti Covid-19,” ujarnya.

Seorang lagi warga maya, Adam Syafiq meminta pencarum supaya bersabar dan menantikan apakah prosedur untuk pengeluaran caruman tersebut.

“Kan sudah cakap 1 April nanti adalah prosedurnya secara dalam talian atau tidak. Sabar dulu wahai rakyat Malaysia semua baru berapa jam Perdana Menteri umum dah gejoloh semua,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here