Warga maya puji pelantikan Azam Baki

0
148

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Azam Baki menggantikan Latheefa Koya mendapat reaksi positif warga maya.

Ramai dalam kalangan warga maya meninggalkan komen tanda sokongan apabila melihat pelantikan itu tiada campur tangan politik.

Dalam akaun Facebook yang dimuat naik oleh SPRM, seorang warga maya yang dikenali Hidayat Ahmad berkata, kini ramai yang memuji berbanding meninggalkan kata-kata kejian seperti berlaku sebelum ini.

Menurutnya, dia mengucapkan tahniah kepada kepemimpinan SPRM yang baharu.

“Ramai puji dari keji seperti sebelum ini. Tahniah SPRM.

“Semoga rakyat sedar pihak mana jenis suka buat lantikan politik bila berkuasa,” kongsinya.

Sofrie Anuar turut mengucapkan tahniah dan memuji alangkah baik jika semua lantikan seperti itu.

“Kan bagus kalau semua lantikan mcm ni, tahniah SPRM. Jangan benarkan sesiapa juga menteri atau pemimpin politik yang menguasai dan memperkuda SPRM.

“Rakyat akan bersama SPRM,” tulisnya.

Adillah Joni pula mengucapkan tahniah kepada Azam Baki.

Katanya, tindakan itu sangat tepat kerana lantikan dibuat melalui barisan dalaman dan bukannya dari luar.

“Tahniah Datuk Seri Azam Baki. Ini baru betul, lantikan dari barisan dalaman dan bukan dari luar.

“Tambah lagi lahir di Malaysia, dan berkhidmat untuk negara dan bukan kepada pemimpin semasa. Semoga sukses!,” katanya.

Pelantikan Azam Baki yang berkuat kuasa hari ini menggantikan Latheefa Koya setelah permohonan perkhidmatan jawatannya itu dipendekkan hari ini dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here