Warga maya puji Tol Jalan Duta, Bentong ‘ditutup’

0
1372

CYBERJAYA – Warga maya hari ini memuji langkah tegas pihak berkuasa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengetatkan kawalan di laluan-laluan utama.

Menerusi satu video berdurasi 16 saat yang tular dalam laman sosial hari ini menyaksikan pihak berkuasa mengawal ketat laluan Tol Jalan Duta yang sering di gunakan untuk balik ke kampung.

Menerusi video berkenaan kelihatan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawal menahan kenderaan termasuk bas persiaran.

Ada kenderaan yang terpaksa berpatah balik dan tidak dibenarkan melepasi Tol Jalan Duta, tindakan berkenaan mungkin selepas diarahkan oleh pihak berkuasa atas alasan tertentu.

Warga maya menerusi video yang ditonton lebih 55,000 dan 940 perkongsian itu meninggalkan pelbagai komen dan memuji langkah pihak berkuasa selain memberi cadangan menarik.

Antaranya pemilik akaun facebok ‘Kartini Mohaddin’ yang berharap PDRM tidak membenarkan perjalanan bas jarak jauh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Selain itu, ‘Shahida Kaloiemas’ mencadangkan PDRM dan ATM membuat sekatan antara sempadan negeri dan mereka yang ingin lepasinya perlu ada surat kebenaran.

Sementara itu, ‘Rejab Harun’ meninggalkan komen dengan mencadangkan setiap kenderaan ditahan bagi pemeriksaan suhu badan pemandu dan penumpang sama seperti di China.

Difahamkan, selain di Tol Jalan Duta, pihak berkuasa PDRm dan ATM turut membuat sekatan di Tol Bentong bagi mengawal kenderaan masuk dan keluar dari kedua-dua arah.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here