Warisan sokong Dr. Mahathir tetapi mahu bekerjasama dengan Muhyiddin

0
263
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri pimpinannya akan bekerjasama dengan kerajaan pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun mereka menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memetik laporan FMT, Shafie yang juga Presiden Warisan berkata, kerjasama itu bertujuan memastikan Sabah dan rakyatnya terus menikmati manfaat dari segi pembangunan dan bidang lain, termasuk kesihatan, pendidikan dan keselamatan.

“Selepas mesyuarat dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen Sabah lebih 45 minit, pendirian kami ialah terus menyokong Dr. Mahathir,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Ini julung kali Shafie menyuarakan pendirian Sabah selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Ahad lalu.

“Saya harap beliau (Muhyiddin) faham. Saya tidak menentangnya kerana beliau ialah kawan saya dan sudah lama bersama kami,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here