Zahid, Hadi dan Tok Mat tiada dalam senarai Kabinet

0
685

CYBERJAYA- Dua pemimpin kanan parti utama gabungan Perikatan Nasional tidak tersenarai dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak memegang sebarang portfolio.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid sebelum ini telah menawarkan agar dirinya untuk tidak disenaraikan dalam Jemaah Menteri.

Abdul Hadi sebelum ini juga berseloroh bahawa dia akan balik menjadi nelayan sekiranya tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyaksikan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tiada dalam senarai.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here