Zero Hunger agih 300 bungkus makanan

0
432

CYBERJAYA- Program Zero Hunger yang bermula hari ini mengagihkan sebanyak 300 bungkus makanan kepada keluarga B40 di sekitar Putra Perdana, Puchong.

Pengarah Bahagian Food & Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, program berkenaan telah dijayakan oleh Yayasan Brainy Bunch dan Bahagian F&B Malakat Mall.

Beliau berkata, pihaknya juga turut mendapat kerjasama daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memudahkan segala proses agihan di setiap kawasan.

“Untuk hari ini, program Zero Hunger mengagihkan 300 bungkus makanan kepada keluarga B40 yang terjejas sumber pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

“Di Putra Perdana, kita agihkan di kawasan-kawasan rumah flat dan Rumah Anak Yatim Al-Taqwa. Selain itu, Kita juga hantar makanan kepada pihak polis yang bertugas di Balai Cyberjaya.

“Turut diagihkan hari ini ialah 600 biji pau, sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat ekoran Perintah Kawalan Pergerakan untuk mebanteras Covid-19,” katanya.

Menurut Aziz, sambutan yang diterima semasa pengagihan amat menggalakkan dan pihaknya juga telah menasihatkan agar hanya ketua keluarga atau wakil sahaja yang turun mengambil makanan.

“Kita akan pastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi ketika berada di tempat umum semasa musim Covid-19. Selepas ini, kita juga akan pastikan jarak beratur adalah satu meter untuk ambil makanan.

“Kita juga membuka kaunter agihan lebih daripada satu untuk mengelakkan kesesakan selain memastikan semua yang bertugas memakai topeng muka untuk mengelakkan “direct contact”,” katanya.

Dalam pada itu katanya, program berkenaan akan diteruskan lagi esok di kawasan Puchong dengan pihaknya akan menambah sebanyak 400 hingga 500 bungkus makanan kerana permintaan yang tinggi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here