Zero Hunger dengari suara penduduk Dengkil

0
284
Seorang sukarelawan Zero Hunger menyampaikan bantuan barangan keperluan asas kepada dua penduduk dalam progam Zero Hunger di Dengkil, Selangor hari ini.

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY- Cadangan warga maya yang mahukan Program Zero Hunger diperluaskan di beberapa kawasan lain termasuk di kawasan Dengkil pagi tadi terus direalisasikan oleh pasukan terlibat.

Tidak sampai 24 jam keluhan itu dimuat naik dalam ruangan komen pasukan Zero Hunger yang diketuai oleh Ketua Jabatan Food and Beverage Kumpulan Brainy Bunch, Mohamad Ash Shahid Salleh turun padang membantu.

Menurutnya, dengan kerjasama Unit Food and Beverage Malakat Mall juga telah turun padang bersama sejurus membaca keluhan itu sekali gus terkejut apabila melihat ramai insan yang benar-benar memerlukan.

Seorang penduduk Dengkil menerima bantuan barangan keperluan asas yang disampaikan sukarelawan Zero Hunger hari ini.

“Setibanya kami di Dengkil, ramai datang mendapatkan bantuan ini dan sebilangan besar mereka merupakan keluarga yang menjalankan perniagaan di pasar tani dan peniaga pasar malam.

“Mereka memang memerlukan bantuan kerana tidak boleh berniaga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Paling menyedihkan Ash berkata, terdapat keluarga yang mempunyai ibu dan ayah yang sakit terlantar.

Walaupun wajah nampak keletihan tetapi semangat sukarelawan Zero Hunger masih membawa apabila membawa bantuan kepada penduduk Dengkil hari ini.

Katanya, terdapat juga ahli keluarga menjadi ramai disebabkan mereka pulang ke kampung dengan jumlah ahli keluarga tujuh hingga ke lapan orang dalam satu rumah.

“Belum lagi yang ada anak-anak saudara datang menumpang, jadi mereka memang memerlukan makanan dan makanan asas.

Aantara wira-wira yang tidak didendang Zero Hunger yang menyampaikan bantuan kepada golongan B40 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan kerajaan bagi membendung wabak Covid-19 di negara ini.

“Menjadi harapan kami, membantu mereka seramai mungkin sepanjang tempoh PKP ini.

“Hari ini sahaja lebih 70 keluarga kami telah bantu dan akan bersambung esok,” katanya.

Barangan berupa keperluan asas amat diperlukan bagi penduduk Dengkil berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Program Zero Hunger yang dilancarkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan
Brainy Bunch membantu golongan memerlukan berikutan tempoh PKP.

Cadangan yang dilontarkan oleh warga maya yang melihat program itu perlu diberi tumpuan di lokasi-lokasi tertentu terutama Dengkil terus mendapat perhatian dan diberi keutamaan lebih-lebih lagi masyarakat di situ amat memerlukan bantuan tersebut. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here