Zero Hunger: Kami bukan harapkan pujian

0
198

CYBERJAYA – Ketika negara di landa musibah wabak Covid-19, ramai golongan yang terputus bekalan makanan mengharapkan ehsan pihak tertentu tampil membantu.

Ketika ini, yang nampak aktif menghulurkan bantuan ialah Yayasan Brainy Bunch melalui Program Zero Hunger yang di gerakkan bersama Malakat Mall.

Sejak dilaksanakan Jumaat lalu, kumpulan yang diketuai Pengarah Bahagian Food & Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari telah membantu banyak pihak.

Bukan sahaja makanan siap dimasak diagihkan, malah, Program Zero Hunger ini turut sama mengagihkan bekalan bahan mentah kepada golongan B40.

Melalui program itu juga, bekalan makanan turut dihantar kepada barisan hadapan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di negara ini bagi membendung Covid-19.

Seluruh kawasan Program Zero Hunger ini pergi untuk hantar sumbangan makanan termasuk ke Masjid Sri Petaling iaitu kawasan jemaah tabligh dikuarantinkan.

Namun, apa yang pasti, kumpulan ini sentiasa memastikan segala aspek-aspek keselamatan dipatuhi sepanjang proses penyerahan sumbangan dilakukan.

Hari ini, Aziz dalam status facebook miliknya mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang banyak berkorban ketika menjayakan misi Zero Hunger.

“Terima kasih kawan-kawan, bukan semua orang diberi laluan dan peluang begini untuk membuat kebaikan sesama manusia. Tanpa sedar kita juga adalah ‘frontliner’ sebenarnya.

“Bukan pujian yang kami harapkan, bukan wang ringgit yang kami kejarkan dan juga bukan menunjuk-nunjuk apa yang kami kerjakan.

“Kami hanya pemudah cara, sebagai perantara untuk membantu mereka yang sangat memerlukan bantuan disaat negara dilanda musibah wabak covid-19.

“Semuanya berlaku kerana Allah. layari www.sadaqahmarket.com untuk membantu,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here