Zip Jump bakal ‘bakar’ adrenalin anda!

0
800

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Sukan lasak, Zip Jump yang pertama di Malaysia akan beroperasi sepenuhnya esok sempena pembukaan pusat beli belah Muslim, Malakat Mall.

Pengurus Tahan Sport, Mohd. Fuad Rahim berkata, aktiviti tersebut adalah antara inisiatif yang dilakukan bagi mewujudkan satu kelainan bagi menarik lebih ramai peminat sukan lasak itu untuk mencubanya.

“Secara teknikalnya Zip Jump ini adalah pertama di Malaysia di mana ia bermula di puncak bangunan dan berakhir di bangunan lain dan kita anggarkan jaraknya adalah sepanjang 60 meter.

“Insya-Allah, esok kita akan mula beroperasi sepenuhnya dan buka kepada semua pengunjung Malakat Mall,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, dari aspek keselamatan, pengunjung tidak perlu bimbang kerana ia dikendalikan oleh pasukan berpengalaman.

“Pasukan Brainy Ranger ini adalah panggiat-penggiat sukan lasak yang berpengalaman dan mereka juga telah dilatih serta diiktiraf oleh Malaysia Challenge Course Association (MCCA).

“Pada masa sama, kita juga menggunakan sistem teknologi keselamatan yang tinggi untuk semula peralatan yang ada iaitu Pepzl yang mana dijamin keselamatannya,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Fuad berkata, bagi pengunjung yang berminat untuk mencuba aktiviti lasak itu boleh mengunjungi butik Tahan Sports untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Satu kaunter Brainy Ranger akan disediakan di butik Tahan Sports di mana pengunjung boleh membeli tiket dan mengisi butiran peribadi untuk rekod di situ.

“Syarat-syarat yang dikenakan untuk pengunjung mencuba sendiri aktiviti ini adalah sekurang-kurangnya memiliki berat badan 20 kilogram sehingga 110 kilogram maksimum,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha MCCA, Saiful Pathil memberi jaminan bahawa Zip Jump di Malakat Mall adalah aktiviti yang selamat untuk dicuba.

“Sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang memberikan pengesahan dan menjalankan pemeriksaan untuk sukan-sukan lasak di Malaysia, kami dapati pemasangan serta reka bentuk peralatan digunakan untuk Zip Jump adalah mengikut piawaian dan standard keselamatan.

“Daripada segi struktur pula kita ada jurutera profesional yang memeriksa dari segi pemasangan mengikut standard antarabangsa dan selamat sepenuhnya untuk digunakan.

“Hari ini juga kita telah mengadakan latihan kepada pasukan yang mengelolakan aktiviti ini bagi memastikan kecekapan mereka juga mengikut standard keselamatan,” ujarnya.

Beliau berkata, Zip Jump bakal menyediakan pengalaman yang berbeza daripada aktiviti zipline yang ada di tempat lain.

“Yang berbezanya zipline di sini adalah ia yang pertama menghubungkan antara dua bangunan. Di sini juga mereka menggunakan sistem brek yang berteknologi tinggi di mana ia bergantung pada berat penggunanya yang mana berfungsi seperti tali pinggang keledar.

“Yang mahalnya di sini adalah sistem reka bentuknya yang berbeza dengan tempat lain dan sebab itu nama Zip Jump dipilih,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here