10 kes positif Covid-19 warga Malaysia dari luar negara

0
103

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 10 kes positif Covid-19 dalam kalangan individu yang pulang dari luar negara dan menjalani perintah kuarantin wajib sejak 3 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perangkaan semasa mencatatkan kira-kira 15,000 individu ditempatkan di pusat kuarantin dan hotel, selepas pulang dari luar negara.

Beliau berkata, daripada jumlah itu hanya 0.07 peratus disahkan positif jangkitan Covid-19 dan telah ditempatkan di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kita ada lebih 112 pusat kuarantin dan semua lokasi ini digunakan untuk menempatkan mereka yang pulang dari luar negara serta perlu menjalani arahan kuarantin wajib sejak 3 April lalu.

“Saya dimaklumkan, setakat ini jumlah yang positif daripada kumpulan dari luar negara adalah hanya 10 kes,” katanya dalam sidang media harian Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Ditanya mengenai pembelian kit ujian pantas atau ‘rapid test kit’, beliau memberitahu negara ketika ini menggunakan produk yang dibawa masuk dari Korea Selatan dan menunjukkan kadar keberkesanan memuaskan.

Katanya, kit ujian yang dibawa masuk secara pukal itu berharga kurang dariada RM50 dan mungkin dapat dikurangkan lagi sekiranya Malaysia membeli secara pukal.

“Ketika ini harganya kurang daripada RM50 tetapi sebab kita akan beli pukal, jadi kosnya menjadi lebih murah,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here