10 maut dalam serangan tembakan di Kanada

0
113

TRENTON (KANADA) – Sekurang-kurangnya 10 orang maut di Nova Scotia selepas seorang lelaki bersenjata berpakaian pegawai Polis Diraja Kanada (RCMP) melepaskan tembakan, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan polis.

Seorang anggota RCMP turut maut dan seorang lagi pegawai cedera.

Suspek kemudian ditembak mati oleh anggota polis.

Tiada butiran lanjut mengenai mangsa yang maut dikeluarkan oleh pihak berkuasa setakat ini, namun kejadian berlaku di beberapa lokasi di wilayah itu.

Kejadian itu bermula sebelum tengah malam Sabtu dan berlanjutan sehingga Ahad, suspek Gabriel Wortman, 51, memandu sebuah kereta yang diubah suai seperti kenderaan RCMP.

Serangan bermula di sebuah perkampungan kecil Portapique di Nova Scotia, tempat suspek tinggal, dihuni kira-kira 300 penduduk.

Polis masih belum selesai menjalankan siasatan di semua lokasi serangan tetapi mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya 10 mangsa.

Motif kejadian masih disiasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here