10 rakyat Malaysia antara kes baharu di Singapura

0
120

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan sebanyak 233 kes baharu Covid-19 di kesan di negara itu semalam termasuk 10 pesakit rakyat Malaysia.

Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, tujuh kluster baharu yang dikenal pasti menjadikan jumlah kes di republik itu kini berjumlah 2,532.

Seorang lelaki warga Malaysia berumur 25 tahun dikaitkan dengan jangkitan di sebuah restoran makanan segera.

Semalam, McDonald’s Singapura mengumumkan lima daripada petugasnya dari cawangan berbeza disahkan positif Covid-19.

“Kami memandang serius perkara ini dan sedang mengawasi dengan rapi, serta memberi sokongan dan bantuan kepada petugas yang terlibat agar mereka cepat sembuh,” kata Pengarah Urusan syarikat berkenaan di Singapura menerusi satu kenyataan.

Tiga rakyat Malaysia masih diletakkan di bawah kes tempatan yang tidak berkaitan; lima dikaitkan dengan kes 2,215, iaitu seorang penduduk tetap Singapura dan satu dikaitkan dengan kes 2,424, iaitu seorang warga Bangladesh.

Enam lagi kluster baharu termasuk di premis makanan Black Tap di Marina Bay Sands (MBS); tiga lagi pekerja asing di asrama, dua di kawasan pembinaan.

Sehingga hari ini, republik ini mencatatkan sejumlah 560 kes yang telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan itu dan dibenarkan pulang dari hospital atau fasiliti pengasingan komuniti.

Kementerian itu berkata, 988 kes secara klinikalnya baik tetapi masih positif dan diasingkan atau dirawat di fasiliti komuniti.

Jumlah kematian setakat ini akibat komplikasi Covid-19 di negara itu adalah lapan orang dengan jumlah 28,140 kontak rapat yang sedang dikuarantinkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here