109 zon selesai disanitasi termasuk 30 zon merah

0
191

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA -Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 3,332 operasi sanitasi awam di 109 zon termasuk di 30 Zon Merah sejak 30 Mac 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam sebanyak 292 operasi sanitasi meliputi 81 zon di 14 negeri, termasuk 41 kawasan di Johor dan 33 kawasan di Perak.

“Operasi sanitasi semalam merangkumi 234 bangunan Kerajaan, 110 tempat awam, 174 pusat perniagaan dan 21 pasar raya.

Operasi sanitasi juga telah dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di semua Zon Kuning dan Zon Merah di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Selain itu berkaitan proses kuarantin bagi mengesan jangkitan Covid-19 pula, Ismail Sabri berkata, seramai 16,154 individu kini sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Beliau menjelaskan, sehingga hari ini, sebanyak 196 Pusat Kuarantin telah beroperasi berbanding 193 pada hari sebelumnya.

“Semalam seramai 738 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib.

Seramai 15,946 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April lalu,” katanya.

Tambah beliau, sejak 17 April, seramai 4,218 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here