122 operasi sanitasi awam dilaksanakan

0
61

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan 122 operasi sanitasi meliputi 51 zon di 13 negeri termasuk 38 kawasan di Johor dan 23 di Pahang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia meliputi 103 bangunan kerajaan, 37 tempat awam, 71 pusat perniagaan dan lapan pasar raya.

“Semalam juga sebanyak satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan 17 kawasan Gunasama Skim Serata kos rendah dan sederhana zon merah di Selangor telah di nyah cemar.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan 38 PPR yang telah disanitasi melibatkan 37,686 unit rumah.

“Sejak 30 Mac lalu KPKT telah melaksanakan 1413 operasi sanitasi di 89 zon termasuk 25 zon merah dan antara kawasan di sanitasi setakat semalam, adalah 987 bangunan kerajaan 602 tempat awam, 599 pusat perniagaan dan 115 pasar raya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here