13 akademi penjara ditukar kepada pusat tahanan pesalah PKP

0
175

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), DatuK Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan baharu untuk pesalah-pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berkaitan.

Menurutnya, ia boleh menyelesaikan isu berkaitan dengan penjarakan sosial seperti yang dibimbangkan sebelum ini.

“Bagaimanapun, akademi penjara dijadikan sebagai pusat tahanan peraturan dan undang-undangnya masih sama dengan penjara biasa.

“Bukan masuk ke pusat penjara makanan bermewah-mewah tetapi ia tetap mengikut SOP penjara biasa,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, beberapa perkara lebih lanjit akan dibincangkan bersama Peguam Negara dan Jabatan Penjara.

Semalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menahan 612 individu kerana ingkar PKP merangkumi 590 individu yang direman dan 15 individu dibebaskan dengan jaminan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here