131 individu yang menjalani kuarantin wajib telah disahkan positif Covid-19

0
90

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Seramai 131 individu yang menjalani kuarantin wajib telah disahkan positif Covid-19, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

“Tindakan mewajibkan individu yang pulang dari luar negara menjalani kuarantin telah berjaya membendung penularan Covid-19 sekali gus mengekang wujudnya kluster import,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Katanya, semalam sebanyak 209 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 204 pada hari sebelumnya, yang mana 16,633 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.
 
“Semalam seramai 1,794 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib.
 
“Seramai 19,945 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April.

“Sejak 17 April, 6,778 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here