13,277 sampel ujian Covid-19 dari enam kawasan PKPD

0
80

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sebanyak 13,277 ujian saringan Covid-19 dijalankan ke atas penduduk di enam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr,. Noor Hisham Abdullah berkata, PKPD yang mula dilaksanakan di beberapa lokasi yang berisiko tinggi sejak 27 Mac lalu mengesan sebanyak 796 positif Covid-19.

“Terdapat lima kes kematian akibat jangkitan dari Bandar Baru Ibrahim Majid dan kawasan di sekitarnya manakala di Menara Plaza City One terdapat satu kes kematian,” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pelaksanaan PKPD dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menjalankan aktiviti pendekatan tertumpu untuk membendung penularan jangkitan wabak pendemik.

“Menerusi PKPD KKM akan membuat bancian penduduk, Active Case Detection (ACD) rumah ke rumah, pengambilan sampel, aktiviti disinfeksi berkaitan dan promosi kesihatan.

“Bagi kes yang disahkan positif, mereka akan diasingkan dan diberi rawatan,” jelasnya.

Sehingga hari ini kerajaan telah mengeluarkan sebanyak enam arahan PKPD secara berperingkat melibatkan 10 lokaliti.

Lokasi terlibat adalah Bandar Baru Ibrahim Majid; Kawasan di sekitar Bandar Baru Ibrahim Majid; Kampung Sungai Lui; dan Kawasan di sekitar Kampung Sungai Lui.

Selain itu Menara Plaza City One; Malayan Mansion; Selangor Mansion; Masjid India dan kawasan sekitarnya; Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur; dan Kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here