138 positif di Covid-19 di Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid

0
380

CYBERJAYA- Sebanyak 1,634 ujian saringan Covid-19 dijalankan di Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor iaitu kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 27 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan ujian saringan berkenaan, sebanyak 138 kes didapati adalah positif Covid-19 dan 1,496 adalah negatif.

“Adalah dimaklumkan bahawa 79 kes positif telah dikesan sebelum PKPD manakala selebih 59 kes positif telah dikesan selepas PKPD dikuatkuasakan.

“Terdapat tiga kes kematian Covid-19 dari kawasan berkenaan iaitu kes ke-1114, kes ke-1251, dan kes ke-2627,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Kawasan sekitar Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid telah dikenal pasti ‘Buffer Zone’ iaitu meliputi Kampung Dato Ibrahim Majid, Kampung Parit Penghulu, Kampung Parit Salleh dan Taman Seri Bayu yang dianggarkan mempunyai penduduk seramai 1,800 orang.

Menurut Dr. Noor Hisham, pengesanan kes secara aktif (ACD) telah dilaksanakan ke atas sekitar 1,500 orang dengan 359 orang daripada mereka telah menjalani saringan sampel berdasarkan penilaian risiko.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes didapati positif, 88 kes negatif dan 258 kes dalam proses ujian makmal

“Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa tempoh PKPD, termasuk bancian penduduk, ACD rumah ke rumah, pengambilan sampel, aktiviti disinfeksi berkaitan dan promosi kesihatan.

“Bagi kes yang disahkan positif Covid-19, pesakit akan dikuarantin di Pusat Kuarantin Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kluang,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here