15 kes baharu Covid-19 di Thailand

0
156

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Thailand menyaksikan trend penurunan jangkitan Covid-19 dengan hanya 15 kes positif baharu hari ini.

Walaupun kes baharu terus menurun, pihak berkuasa tetap mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularannya, lapor Agensi.

“Penurunan ini adalah kejayaan kecil…tetapi langkah pengawalan perlu diteruskan,” kata jurucakap Pusat Pengurusan Covid -19, Taweesin Wisanuyothin.

Jumlah kematian baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan wanita berusia 58 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sementara itu, Thailand merekodkan keseluruhan 2,826 kes positif Covid-19 dengan 49 kematian.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here