17,735 jumlah individu ditangkap ingkar PKP

0
53

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sejumlah 17,735 individu ditangkap di seluruh negara kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak ia mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam sahaja sejumlah 865 individu ditangkap berbanding 946 individu pada hari sebelumnya.

“Daripada jumlah yang ditangkap, seramai 732 individu telah direman manakala 133 individu lagi jamin polis. Seramai 1, 236 individu telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan, semalam Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 835 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 609, 411 kenderaan.

“Sebanyak 50, 226 pemeriksaan mengejut telah diadakan melibatkan 6,122 premis telah diperiksa di seluruh negara oleh pihak berkuasa,” katanya.

Pada masa sama Menteri Kanan itu memaklumkan, Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka 237 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19 berbanding 229 kertas siasatan hari sebelumnya.

“Sebanyak 169 kes berita palsu berkaitan Covid-19 dalam siasatan, 24 sudah didakwa di mahkamah dan 13 daripadamya mengaku bersalah. Selain itu sebanyak 11 notis amaran dikeluarkan kepada mereka yang menyebar dan membuat berita palsu, ” katanya.- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here