18 anggota kapal pemusnah AS positif Covid-19

0
184

Oleh SITI AZIELAH WAHI

WASHINGTON-Sekurang-kurang 18 anggota di atas kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) didapati positif Covid-19.

Situasi itu mencetuskan penularan kedua membabitkan kapal tentera AS, lapor agensi berita Xinhua yang memetik media tempatan dan turut dilaporkan Bernama.

Menurut Pentagon, kes tambahan dijangka berlaku di atas USS Kidd, kapal pemusnah yang menjalankan misi narkotik dekat perairan Amerika Selatan.

Kapal itu sedang bersiap sedia untuk belayar ke pelabuhan bagi membolehkan sebahagian kru diturunkan dan kerja pembersihan dijalankan sebelum belayar semula, kata jurucakap Pentagon, Jonathan Hoffman, semalam.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat mengenai punca jangkitan itu.

USS Kidd adalah kapal Tentera Laut AS yang kedua terpaksa berlabuh akibat penularan wabak itu, menyusuli kejadian sama menimpa USS Theodore Roosevelt yang beroperasi di Pasifik dan terpaksa berlabuh di Guam pada akhir Mac lalu.

Media tempatan melaporkan, awal minggu ini, 26 kru kapal perang dijangkiti Covid-19 tetapi kebanyakannya berada di pelabuhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here