184 kertas siasatan berita palsu dibuka, 20 didakwa di mahkamah

0
246

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 184 kertas siasatan telah dibuka oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan penyebaran berita palsu.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 20 kes telah dibuka dan penyebar berita palsu telah didakwa di mahkamah.

“Saya menyeru kepada orang ramai agar sama-sama membantu kerajaan menyelesaikan wabak ini, bukan menimbulkan suasana tidak tenang kepada rakyat dengan penyaluran berita tidak benar, ” katanya.

Kata beliau, kerajaan tidak akan berkompromi ke atas penyebar berita palsu berhubung penularan wabak Covid-19.

“Kerajaan serius bagi memastikan tindakan tegas diambil kepada penyebar berita palsu. Tidak ada siapa terlepas dari undang-undang dan tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here