224 anggota KKM positif Covid-19, bukan berpunca dari pengedalian kes

0
123

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Seramai 224 anggota kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah dikesan positif Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham berdasarkan siasatan tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 atau unit rawatan rapi (ICU) khusus untuk pesakit Covid-19 di fasiliti KKM.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut 150 kes adalah berpunca dari komuniti termasuk daripada rakan sekerja yang disebabkan oleh jangkitan di komuniti, 41 kes (18 peratus) mempunyai kaitan dengan pesakit, 29 kes daripada pesakit Severe Acute Respiratory
Infection (SARI), sembilan daripada pesakit yang tidak diketahui status sebelum rawatan diberikan, dan tiga kes daripada aktiviti saringan dan lain-lain aktiviti di lapangan 33 kes (15 peratus) masih dalam siasatan.

“KKM sentiasa memberi keutamaan
kepada aspek keselamatan anggota kesihatan terutamanya petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam menghadapi pandemik Covid-19 demi kepentingan negara.

“Pelbagai tindakan telah diambil bagi tujuan menjaga keselamatan dan kesihatan anggota termasuk penilaian keperluan dan stok alat pelindung diri di fasiliti bagi
memastikan pembekalan PPE sentiasa mencukupi dan semua kes SARI dan jangkitan paru-paru (pneumonia) sebagai jangkitan Covid-19 sehingga terbukti sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Noor Hisham berkata, KKM juga memperkukuhkan ‘triaging’ iaitu penilaian dan pengasingan pesakit yang disyaki mempunyai gejala Covid-19 apabila
datang ke fasiliti kesihatan serta memberikan mereka alat penutup hidung dan mulut (facemask) untuk dipakai.

Jelasnya lagi bagi memastikan anggota yang merawat pesakit disahkan positif Covid-19 perlu menggunakan alat pelindung diri (PPE)
seperti yang disarankan, dan anggota yang merawat pesakit tidak disyaki Covid-19 menggunakan alat penutup hidung
dan mulut.

“Ini termasuklah memastikan anggota mengamalkan semua langkah pencegahan seperti kebersihan tangan dan amalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter mengikut keperluan dan kesesuaian.

“KKM ingin menasihatkan semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) termasuk pengamal perubatan swasta dan NGO, yang merawat pesakit perlu menggunakan penutup hidung
dan mulut (facemask),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here