23.4 juta topeng muka telah diagihkan

0
71

CYBERJAYA- Sehingga kini, sebanyak 23.4 juta topeng muka atau 69 peratus telah diagihkan oleh pejabat-pejabat daerah kepada setiap isi rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, baki sembilan juta lagi topeng muka masih dalam proses asihan dan dijangka selesai minggu ini.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi setiap isi rumah empat keping topeng muka secara percuma.

“Untuk tujuan itu, kerajaan memperuntukan 32.4 juta keping topeng muka,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut. Ismail Sabri berkata, pengagihan di Sabah dan Sarawak pula akan bermula mulai hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here