23 penduduk pangsapuri di Kampung Baru positif Covid-19

0
470
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Seramai 23 penduduk Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Baru, Kuala Lumpur disahkan positif Covid-19 susulan satu kes kematian akibat wabak itu berlaku di lokasi itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian pengesanan saringan yang dilakukan oleh pihak KKM masih berjalan setakat hari ini.

‚ÄúSetakat ini, seramai 23 orang disahkan positif Covid-19 dan ujian saringan ke atas penduduk masih berjalan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memberitahu, seramai 54 doktor pakar daripada hospital awam yang sudah bersara ditempatkan di wad Covid-19 beberapa hospital untuk membantu menguatkan lagi pasukan barisan hadapan KKM sedia ada.

“Selain itu, kita mengalu-alukan 65 pakar perubatan daripada hospital swasta yang sudah bersara dan mahu melakukan khidmat sukarelawan membantu KKM.

“Kita juga berterima kasih kepada 1,000 jururawat dan pegawai perubatan daripada pelbagai sektor yang mahu membantu kita,” katanya.

Katanya, kehadiran mereka sangat dialu-alukan bagi menangani kes kekurangan kakitangan di sesetengah hospital.

“Kita juga mengalukan mereka yang mempunyai pengalaman bekerja di unit rawatan rapi dan wad perubatan untuk ditempatkan di beberapa kawasan.

“Selain itu, kami juga menghantar pegawai perubatan dan jururawat di kawasan tiada kes Covid-19 untuk ditempatkan di beberapa hospital dikenal pasti untuk virus berkenaan,” katanya. – MBNews.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here