24.6 juta topeng muka diedarkan ke seluruh negara

0
64

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengagihkan empat keping topeng muka kepada setiap isi rumah di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membantu aspek penjagaan kesihatan rakyat berikutan Covid-19.

Beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai gejala wabak berkenaan seperti syor Kementerian Kesihatan.

“Pengagihan di seluruh negara membabitkan 24.6 juta topeng muka itu kini dalam proses pengedaran yang dikendalikan.

“Ia dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), APM akan edarkan kepada Majlis Keselamatan Negeri dan seterusnya ke daerah.

“Melalui Pusat Jawatankuasa Bencana Daerah, topeng ini akan diedarkan ke setiap rumah oleh petugas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, untuk kawasan Sabah dan Sarawak, topeng muka akan diterbangkan melalui pesawat Khas TUDM pada Jumaat ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here