3,194 pelajar IPT pulang hari ini

0
128

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Seramai 3,194 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dijadual pulang ke rumah masing-masing hari ini melibatkan pergerakan antara zon.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, zon-zon terlibat ialah zon Timur, Selatan, Perak dan Sarawak.

“Zon timur melibatkan tiga negeri iaitu sebahagian Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Seramai 1,029 pelajar akan dihantar pulang dan memulakan pergerakan pada pukul 9 malam ini menggunakan 80 buah bas dan 73 kenderaan persendirian.

“Kesemua mereka akan dihantar ke 31 destinasi yang tetapkan dan mula bergerak daripada 23 pusat perlepasan, ” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Sementara itu menurutnya, seramai 1,366 pelajar akan dihantar pulang dari zon selatan melibatkan pelajar dari Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

“Kesemuanya akan dihantar menggunakan 76 buah bas yang akan mula bergerak pukul 9 malam,” katanya.

Pada masa sama katanya, seramai 519 pelajar dari zon Perak akan memulakan perjalanan pulang pukul 9 pagi dan dijadual tiba 5 petang menggunakan 25 buah bas.

“Bagi zon Sarawak, seramai 280 pelajar akan dihantar menggunakan 25 buah bas yang akan bertolak pulang pukul 9 pagi dan dijangka berakhir 9 malam, ” katanya.

Kerajaan membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk di Sabah dan Sarawak bermula 27 April lalu secara berperingkat.- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here