325 kakitangan KKM positif Covid-19

0
235

CYBERJAYA- Sebanyak 325 anggota Kementerian Kesihatan dikesan positif Covid-19 iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes berkenaan, sebanyak 185 kes sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

“Selain itu, 137 kes sedang dirawat di hospital dan tiga kes kematian dilaporkan sehingga kini membabitkan petugas kesihatan.

“Kes berkenaan meliputi 77 orang pegawai perubatan, 66 jururawat, 34 pegawai perubatan siswazah, 23 pakar perubatan, 21 penolong pegawai perubatan dan 104 lain-lain skim perkhidmatan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kementerian ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes yang disahkan positif Covid-19 di fasiliti kesihatan.

“Sebaliknya, didapati, 70 peratus kes adalah berpunca daripada aktiviti persendirian misalnya menghadiri majlis keraian, ke luar negara dan sebagainya,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here