4 kematian melibatkan warga emas, penyakit kronik

0
106

CYBERJAYA – Sebanyak empat kes kematian akibat Covid-19 yang dicatat hari ini melibatkan warga emas yang mempunyai latar belakang penyakit kronik ketika dirawat di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-54 melibatkan kes-2,149 merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung.

Beliau berkata, pesakit itu telah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac lalu pukul 12.10 tengah malam.

“Kes kematian ke-55 iaitu pesakit ke-860 merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

“Pesakit itu telah dirawat di Hospital Ismail Petra, Kelantan pada 18 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 3 April pukul 4 petang,” katanya dalam sidang akhbar harian di Kementerian Kesihatan (KKM), Putrajaya dekat sini hari ini.

Dr. Noor Hisham menambah, kes kematian ke-56 yang merupakan kes ke-2,850 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung.

Beliau berkata, pesakit itu mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1,031 dan telah dirawat di di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac lalu serta disahkan meninggal dunia pada 3 April pukul 4.16 petang.

“Kes kematian ke-57 adalah kes daripada ke-1,575 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.

“Pesakit itu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan Pahang pada 23 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 3 April pukul 10.25 malam,” katanya.

Kata beliau, KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here